dari utara semenanjung ke utara afrika
belajar itu, belajar lah.
faham itu biarlah mendalam.
tumpuan itu, fokus lah.
apa yang kau mahu, dapatkanlah.
yang manis itu,
bukanlah sekadar apa yang kamu dapat.
yang manis itu,
usaha untuk mendapat.
yang kelat,
yang masam,
yang pahit,
itulah dugaan,
itulah cubaan;
itulah manisnya.
ranjau onak berliku,
injak-injaklah.
biar luka biar berdarah biar parah.
manis itu:
bernafas puas.
3 Comments:
akom ya akh ... i think u re good in art and that kinda stuff ... why not join us in esastea.com ... a lot of interesting thing happens there ... im waiting u there
im sorry the url is : http://esastera.com/
nak kena join ke? ha? ha? dah gi, tapi macam ader something missing bout da site. tah, tak tau?
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home