crash!
semalam, sedang aku sibuk melaghakan diri menonton anime "ah, my goddess", tiba2, monitor menjadi kaler biru dan terpapar: " a fatal error has occured on your disk, blablabla, please restart your computer". aku yang lurus lagi mengikut arahan inipun terus lah me'restart' komputer aku itu. dalam hatiku bergundah: takkan crash kot? abih ah kerja2 aku. maklumlah komputer tu dah lama pakai.
maka setelah restart itu, keluar lah tulisan kat dos tu: disk error, press any key to continue. setelah cuba berkali2, keluar ayat yang sama, aku contact CEO bertanyakan hal ni. mungkin , kata dia. dan tokeyhstore pun berkata benda yang sama.
adakah aku telah terkena tulahan malik, sebab tak dapat nak menemani dia ke rumah mushroomy di putrajaya sana? dia sebenarnya berharap sangat aku dapat temankan, tapi, apakan daya. kalau aku tak se'busy' ini, sudah pasni sekarang ni aku sedang nyenyak di buai mimpi indah di rumah sana. mana ada orang yang cuti mid-sem tak balik (kecuali budak sabh, sarawak n foreign). aku jer. konsekuen: sama gak, tak dapat gak aku temankan malik gi rumah mushroomy.
jadi setelah malam tadi berpenat lelah mencuba pelbagai cara nak hidupkan balik kom tu, aku capai satu konklusi: hard disk crash!
maka berbondonglah kami gi loyat tengah hari tadi, dan tersengih2 lah cina2 loyat sebab aku berjaya habiskan duit aku untuk hard disk baru, dan juga ram dan dvd writer. eheh.
bulan ni mmg nampak gayanya tiap2 hari aku makan maggi.
setelah pulang, mengkerijonglah oleh aku akan benda2 yang di beli tadi, dan menjelang remang senja, completelah pemasangan, penginstallan dan segala apa yang perlu.
kesimpulan: maxtor mudah crash. yer ker?
2 Comments:
ooh my goddess? best ke? dah try fullmetal alchemist? midori no hibi? place we promised in our early days? appleseed? heheh byk lagi tak tgk!!! nak tgk tp takde source nak pinjm!!!!
hahahaha, sumer aku da layan, kecwali place we promised in our early days jer blom lagi. anakcucu aku akan bersimpati ngan aku. hehehe
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home