Wednesday, August 24, 2005

my major

kali ni aku nak taip dalam bahasa melayu. penat otak nak mmikirnya aih; berkenaan majoring, yang mana sumer skang ni dah dok pakat2 pikir nak major apa, nak blaja apa nanti. aerokah? komunikasikahkah? entah, aku tak cerat.

kalau ikutkan bapak aku dan atuk aku: blajar benda yang mudah dapat kerja. kalau macam tu awal2 aku dah masuk maktab, takpun mintak gi upsi jadi cikgu. takpun, aku kerja aje kat pam minyak petronas cabang tiga, dekat rumah awek-awek aku tu, atau stesen petronas padang tembak, litar rempit malam minggu.

katanya bonda aku pulak: belajarlah apa2 pun. tak kisah nak kerja apa esok.

kata pulak seorang mamat tu yang pada pengetahuan aku, dia adalah seorang ketua pemuda umno kat sabah nun, yang banyak duit ulang alik datang rumah aku sebab nak jumpa akak aku, tapi masih tak masuk2 meminang: ambik la biotech, mudah skang nih.

maka ketawalah aku, sebab masa isi borang jpa dulu aku bagitau aku tgh blaja biotek. mana ada budak 1st year dah buat major bang oi.

aku tak penah pikir pasal nak kerja apa sebenarnya, jadi petani pon ok gak apa. asal dapat sekolahkan anak2 aku esok2, boleh keluarkan zakat juta2, boleh buat dana macam al-bukhari, dah bersyukur dah.

dan juga apabila kenangan lama mengimbau: ketika aku masih kecik, aku suka tengok kapal terbang. pak sedara aku bawak gi pameran aero, time tu aku masih lagi blom skolah. dah tu, bila masuk skolah, aku jadi suka ngan benda2 balistik ni. balistik ni ialah apantahakutakretinakhurai. dan bila abang ngan kakak bawak balik litar ringkas projek skolah menengah diorang, aku mula gian main litar elektronok pulak. sanggup naik basikal dari rumah aku ke kedai dekat alor lintah sebelah jatuh matahari sana untuk mencari komponen, yang pada aku mahal. ialah, led sebijik kecik tu dah dekat singgit.

kemudian naik pulak sekolah menengah, kenal la pulak budak siam tu dan arwah along [al-fatihah]. budak siam ni minat kat benda aero2 ni, dan arwah along ni pulak begitu entusias dengan litar elektronik, walaupun masa tu baru form 1. ngam la aku ngan diorang.

dah, tinggalkan kenangan tu semua. benda dah lepas.semua kenangan tu mungkin mempengaruhi tindakan bawah sedar aku dalam memilih major ni.

sekarang ni ialah masa untuk melihat ke arah hadapan, ke mana hala tuju aku selepas ini. keangkasakah? ke kebun sayurkah? ke kedai telefonkah? atau tidur sahaja.

nasihat tokey h.store: kau istikhoroh laa. kan?

pada aku, apa yang kita ambik tak penting, yang penting ialah bagaimana kita tempuhi jalan yang kita pilih tu. dapatkan keredhaan allah, nescaya selamat. bukan begitu?

jadi bagaimana aku pilih major? aku pakai dadu. aku bagitau keputusannya lain kali.

5 Comments:

At 3:57 pm , Anonymous Anonymous said...

panjang giler nak baca.

 
At 10:01 pm , Anonymous Anonymous said...

ini komen sahabat lama...










amik je neuroengineering.

 
At 10:19 am , Anonymous Anonymous said...

amikla aper2 pun. yang penting ketensenan blajarnya worth dengan kejenya. kalau nak amik aero pun leh gak...smayang istikoroh macam kata tokey tu...hehehehe

 
At 10:24 am , Anonymous Anonymous said...

bak kater mcla, kalau nak jadik petani, jadik petani yang berjaya. ok aper....!=)

 
At 11:37 am , Anonymous Anonymous said...

erk..aa..
jadilah seorng bapa..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home