Monday, November 20, 2006

ketupat

demi menyahut seruan ust ubaidillah, mari kita menulis kisah untuk manfaat manusia sejagat.

mmmm, mmmm, sejagat, mmm, kebaikan, aaaaaa, manfaat, aaa.....


Sementara menanti ada idea untuk manfaat manusia sejagat, apakata kita buat ketupat untuk nazirah. ini pun saya kira bermanfaat untuk manusia sejagat.


Sepanjang pengetahuan saya, ada banyak jenis ketupat. Ketupat2 adalah seperti berikut:


Pertama, ketupat pulut, berbentuk 3 segi dan dibungkus dengan daun palas. Seperti namanya, ketupat pulut dibuat dengan beras pulut, dan dibungkus dalam bentuk 3 segi. Teknik2 bungkusan akan menghasilkan jantina ketupat yang berbeza. Akan ada ketupat jantan dan ketupat betina. Cara bungkusan mengikut negeri juga kadang2 berbeza walaupun bentuknya tetap sama: berbucu 3. contohnya, bungkusan ketupat kelantan dan ketupat kedah yang tangkainya berada di tempat yang berlainan. Isi ketupat ini pelbagai jenis juga ada. Ada ketupat tawar, untuk dimakan dengan manisan cair, atau rending, atau apa2 sahaja. Ada juga ketupat manis yang dah mmg manis dan sungguh enak dimakan begitu saja.


Kedua, ketupat nasi. Berada dalam daun kelapa yang dianyam, ketupat nasi dibuat dari beras jemah. Beras jemah ialah nama bagi beras yang apabila ditanak dia akan jadi nasi yang bisa kita makan dengan ulam dan budu dan lain2 lauk pauk. Ketupat nasi juga ada jenis-jenisnya. Jenis yang pertama ialah jenis 4 segi yang biasa tu. Jenis yang kedua pula ialah berbentuk bawang, dan dinamakan ya, bawang. Jenis2 ketupat ini bergantung kepada teknik anyaman masing-masing. 4-4 (gulungan anyaman pada tangan kanan dan kiri) akan menghasilkan ketupat segi, dan 3-4 atau 4-3 akan menghasilkan ketupat bawang.


Air yang digunakan dalam proses pembuatan ketupat ini memainkan peranan penting, kerana kalau anda menggunakan air kerajaan yang berklorin tinggi, ketupat anda akan berasa klorin, dan kalau anda menggunakan coke, ketupat anda akan mempunyai perasaan coke.


Cara untuk memakan ketupat2 diatas ialah dengan memasukkan meraka kedalam mulut anda sebelum dikunyah dan ditelan.


Ketupat yang ketiga ialah sejenis ketupat yang tidak boleh dimakan, iaitu mercun ketupat. Kaum kerabat ketupat yang tidak boleh dimakan yang lainnya termasuk jugalah ketupat plastic, ketupat hiasan dan tumpat di kelantan. (sebutan ketupat dan tumpat dalam bahasa kelantan adalah sama).


Adakah anda seorang ketupat?

3 Comments:

At 10:51 am , Anonymous Anonymous said...

adapun ketupat pulut juga disebut ketupat daun palas di sesetengah tempat

 
At 3:00 pm , Anonymous Anonymous said...

sama la tu d8

 
At 11:19 am , Blogger RATNA RAHIM said...

haha..kelakar tapi informative...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home