Saturday, October 28, 2006

Kisah raya 1427h (dan pertunangan)

Kisah raya 1427h (dan pertunangan)


pertama2 skali, al-faatihah untuk ayahanda mok ana, dan juga nenda wani.

*Posting ini panjang. Harap sabar membacanya, dan baca ikut turutan. Nombo 1 – 12.

**hari baru dikira bermula apabila masuknya waktu maghrib


1. ifthar terakhir di uia

Hs café, rabu malam khamis 26 ramadhan

last iftar

sebenarnya saya teringin sekali untuk bersama dalam suasana begini dengan ahli2 amal (yang saya ingat agak mustahil terjadi). Program tanpa pm, tanpa pc, tanpa komiti. Hanya satu mesej untuk sebaran “jom, bukak kat hs. Makanan bawak sendiri” dan berderu yang tiba untuk saling ucap selamat dan saling mendoakan.


2. pulang

khamis 26 ramadhan

jalanan

Selamat datang ke kelantan, satu2nya negeri di Malaysia yang menggunakan sistem jalinan jalanraya komanwel. Tak percaya? Cuba perhatikan lampu2 isyarat di kelantan, dan bezakan dengan negeri2 lain di kelantan. Dan yang best (bagi mereka yang berkereta) ialah negeri kelantan takkan ada tol walau sebesarmana lebuhraya dibuat. [anwar musa umum bhw rm1billion diperuntukkan untuk pembangunan jalanraya kb-kkrai]


3. ifthar pertama di rumah

Masuk malam jumaat 27 ramadhan

Kurma, ikan tawar, celuran, ulaman dan budu. Sungguh, rindu bonda, dan ayah, dan semua, dan semestinya air tangan bonda. Tiap2 ari dok makan makanan arab (sbb free kat exp.hall) muak jugak. Terharu dapat jumpa budu sampai lupa amik gambar ho2.

4. terawih pertama di rumah

Malam jumaat 27 ramadhan

Masjid as-salam. Sedap imam baca. Tiba2 rindu pada bacaan qiraat warsy idris ngan yahuza. Sbenanya yahuza jarang baca qiraat warsy. Husaini asyik bersungut: bila plak yahuza nak bawak qiraat warsy? Dan malam tajdid tu, yahuza bwk qiraat warsy. Idris mmg tiap2 malam baca warsy.

Kak J: hensem kan, dia?

Saya: siapa?

Kak J: idris.


5. hari buat tapai ( ahad 29 ramadhan)

Ahad malam senin 30 ramadhan

Ifthar di dewan jubli perak anjuran markaz siswazah kelantan. Jumpa member2 yang lama x ketemu dan borak2 sakan. Terawih di masjid biru, kubang kerian, dan kemudiannya small reunion di taman sari. Mr B menceritakan planning nak g beraya rumah mertua yang membuatkan semangat kami untuk kawin awal semakin membuak2. hantar dink ke gertaknya semasa embun tgh galak menitis.


6. hari buat ketupat

Senin 30 ramadhan

Di kelantan istilah ni digunakan:

i) hari buat tapai – 2 hari sblm raya

ii) hari buat ketupat – sehari sblm raya

negeri lain x taulah camner.

sebelum jadi ketupat

semasa

dah masak



7. ifthar terakhir ramadhan 1427h

Senin malam slasa 1 syawal

makan besar


Adik beradik dan anak2 buah satu batalion. 2 kali hidangan. Budu jadi hidangan wajib. Ada ikan bawal percik, tomyam etc etc.

Pastu sambung main bunga api

wiii


Dan kita ada mangsa yang tercedera. 3 blisters di tapak tangan. Moral: pegang pemegang bunga api, bukan pegang bunga api.


mangsa



8. malam raya

Malam selasa 1 syawal

Solat isyak dan takbir raya di masjid muhammadi, dan pusing2 sekitar bandar

Ada yang nak bayar zakat

bayar zakat

Ada yang mengemis simpati

menagih cinta

Hati cukup tersentuh di sini, bilamana melihat ramai non-muslims (cina, kepala kudung) turut memberi sumbangan. Masjid muhammadi terletak dekat ngan kawasan kejiranan cina, dan kedai kopi rumah putih yang tersohor depan masjid pun dimiliki tokei cina. Ya Allah, berilah kpd mereka hidayah-Mu. Ya Allah, berilah kpd mereka hidayah-Mu. Ya Allah, berilah kpd mereka hidayah-Mu. Amiin.

Ada yang shopping saat2 akhir

last minute shoppers


9. hari raya

Selasa 1 syawal

Jadi khatib untuk khutbah raya. Teks disediakan oleh majlis agama, tapi saya taram sesuka hati hahahaha. Ada perenggan yang saya baca sebijik macam dalam teks, ada juga yang saya amik point dan hurai ikut kepala otak saya. Antara yang ditaram ialah: “apabila berlaku perselisihan antara kamu, maka rujuklah kepada (kitab) Allah [ie Quran] dan (sunnah) Rasulullah sollahu alaihi wasallam”. point time ni ialah berkenaan bid’ah dan membid’ahkan. Tak habis cerita kat sini, lain kali plak. Next:

family hamba

Beraya la, apa lagi. Bermaaf-maafan, bergambar satu keluarga (3 keluarga actually), kumpul duit ra- cet, dah bejanggut. Takleh duit raya lagi dah. Singgah kubur, ziarah sedara mara, menyemai/menyubur cinta di laman orang (ha3), melepas rindu di hati teman2 dll.

Kepada bekas2 kekasih, kekasih2 dan bakal2 kekasih, selamat hari raya untuk semua.


10. pulang ke kota

3 syawal

Kita tangguhkan dulu pertemuan kita disini, ada umur kita jumpa lagi. Insyaallah. Semoga jumpa lagi semua, ahli keluarga, sanak saudara, teman2, awek2, ayam itik, pokok2.

nak tumpang aaaa


Memandu dalam kejauhan sambil mencuba pelbagai teknik pemanduan dan fungsi butang jentera bernama motokar ternyata menghiburkan. Malam ini perlu rehat yang cukup. Esok masuk meminang.


11. masuk meminang

4 syawal

W, kami datang nak beray- eh- memina- eh! Oi! korang datang ni hajat apa a? Rombongan 2 buah kereta dari kelantan ke pandan indah. Pertunangan Y dan W.

Payah ye rupanya nak kawin beradat ni? Kepada bakal mak2 dan bapak2 mentua saya, sila mudahkan perkahwinan saya dan anak2 anda.

“Biar mati anak, jangan mati adat.” Kalau camtu, saya balik je lah.

rombongan

chinchin dan sirih

majlis cium tangan?

par balasan 3-3


sapa nak gamba sila angkat kaki. Dua2 belah.



12. kisah perkahwinan saya

“kami ingin membeli tanah hanya seluas satu belulang kerbau.” Demikianlah kata2 wakil belanda kepda sultan melaka beberapa ratus tahun dulu. Maka akan pada fikiran memanda dan mamak2 menteri, apa sangatlah luas tanah sebelulang dibandingkan dengan perpuluh2 peti emas permata yang ditawarkan. maka tergadailah tanah seluas satu belulang kerbau dengan mahar puluhan peti harta dunia.

Bandingkan:

“Saya akan kawin lepas raya ni. Betul. Sesungguhnya saya tidak berbohong. Saya akan kawin lepas raya ni.” *(raya ni) merujuk kepada raya puasa 1427h

Maka ramailah anak2 gadis di luar sana yang merasa kerugian dan melepas dan patah hati dan frust dan seangkatan dengannya tatkala mendengar berita bahawa saya akan berkahwin selepas raya ni.

Apa kaitan saya nak kawin lepas raya dan belulang kerbau?

Statement belanda: nak beli tanah seluas satu belulang kerbau.

Apa memanda dan mamak menteri faham: luas mana sangatlah satu belulang kerbau tu. kera nak kangkang pun cukup2 lepas je.

Statement saya: saya akan kawin lepas raya ni.

Apa yang kamu faham: saya akan kawin bulan 11 atau 12, atau saya akan kawin sebelum raya haji.

Statement di atas; statement saya dan belanda, dalam bahasa inggerisnya dipanggil white lie. Dari segi teknikalnya, white lie boleh digunakan dalam urusan, tapi dari segi etika sungguh tidak beretikalah jawabnya.

Belanda menyebut satu belulang, tidak disebut pula belulang itu dijadikan tali. Dan kalaupun dijadikan tali, tali itu adalah dari satu belulang kerbau, dan ini tidak menyalahi kontrak kerana tidak tersebut bahawa satu belulang itu dalam bentu apa.

Penerangan kepada statement saya pula adalah seperti berikut. Bulan desember nanti, lepas raya atau sebelum raya ni? Jawabnya lepas raya ni. Bulan 12 tahun depan, lepas raya ni atau sebelum raya ni? Jawabnya lepas raya ni. Bulan 7, 8, atau apa2 bulan 5 tahun dari sekarang, selepas raya ni atau sebelum raya ni? Sudah tentu lepas raya ni. Nah, saya kan berkahwin selepas raya ni. Bila saya akan berkahwin? Slepas raya ni lah!. Inilah yang dipanggil white lie. Adakah saya berbohong? tidak, kerana saya tidak akan kahwin sebelum raya ni. Maka bersaksilah, saya kan berkahwin selepas raya ni.

p/s: ini adalah pengajaran dan iktibar dari sejarah belanda-melaka. Selamat hari raya maaf zahir batin hu3



Soklan: kenapa raya haji kat kelantan lebih meriah?

Jwpn: raya puasa kami sambut sehari jer, ikut sunnah. Maksimum pun 2-3 hari jer, x sampai sebulan macam iklan kat radio era tu. Raya haji pula, kami akan beraya sepanjang tempoh boleh bertakbir raya, dan berlaku kunjung mengunjung sama macam raya puasa, Cuma in a bigger scale (4 hari dah bleh pusing 1 m’sia), dan semestinya menu utama untuk tetamu ialah daging, daging, dan daging. *ini adalah pendapat saya semata2.



Ringkasan cerita:

Cuti kali ni, saya dapat belajar banyak benda dalam waktu yang singkat. Dapat tau banyak benda yang dirahsiakan dari saya, samaada dari keluarga dan teman2 seperjuangan di u, termasuk juga dari dalam persatuan. Doa saya untuk kamu.

Untuk saya dan juga anda: semalam sudah berlalu, esok belum pasti, yang ada hanya hari ini. [__________isi ayat anda di sini____________]

Nukilan dari mereka:

Don’t let even a fraction of a second pass you by without you doing anything for the ummah- dr abd el-aziem farouq gad.

Janganlah kami dimatikan saat kami bergoyang kaki – abu saif

Nikah khitbah! Nikah khitbah! – maszlee malik

Selamat puasa 6.

12 Comments:

At 8:27 am , Anonymous Anonymous said...

" Selamat datang ke kelantan, satu2nya negeri di Malaysia yang menggunakan sistem jalinan jalanraya komanwel. "

Eh. Menarik tuh. Sistem komanwel ? Macam mana ciri ciri sistem komanwel ? Boleh describe ? Btw, mana gambar2 ? Tak kuar pun.

He he

 
At 7:13 pm , Blogger Amermeftah said...

Akmal : Yay! Aku layak mendapat gambar(sedang mengangkat dua2 belah kaki kerana sedang duduk di atas kerusi)

 
At 10:56 pm , Anonymous Anonymous said...

ray: camner eh. sistem lampu trafic kat simpang 4 dia, bila hijau, hijau semua, bila merah, merah semua. tak pilih2 kasih. cam kl kan straight hijau, kekanan merah/ kekanan hijau straight merah. satu lagi: negri klantan takkan ada tol. sebenanya kesahihan cerita ni masih lagi tanpa bukti.

ma: kad raya sampai x? wear dpt dianya.

 
At 10:04 pm , Blogger weAr said...

slmt poso 6ey...

 
At 11:10 pm , Blogger RATNA RAHIM said...

ketupat daun palas...sedap..sedare telah berjaye membuatkan saye rase nk nangis di syawal ke 6 neh

 
At 1:42 am , Anonymous Anonymous said...

dah bertunang? tahniah laaa..
and oh.. kasihan mangsa bunga api..

 
At 12:17 pm , Blogger ashraf cifp said...

kma: bukan aku la

 
At 2:16 pm , Blogger kaori_kenshin said...

Kawin raye? Dengr la kisah tunang raye plak dr sy nnt.. Ramai la plak tunang/kawin ms raye..White lie? Oooo so psl awk kawin tu sume just a little white lie? Nak kene ni!!

 
At 10:48 pm , Anonymous Anonymous said...

cara bercerita mcm ye ;p

 
At 10:55 am , Blogger ibnu_umar said...

salam..

baguslah dah bertunang.. nak ikut jejak langkahmu lah wahai sai.. doakan aku ya!

 
At 11:21 am , Blogger Nazirah Ashari said...

bukan nak kawen kene confirm tarikh ke? pening baca. takder kad jemputan ke? pening lagi.

tahniah dah bertunang. berapa umur kamu dey?

 
At 4:19 pm , Blogger ashraf cifp said...

kma- cara bercerita tu penting.
amar n nazirah- bukan aku aa, member aku. aku ikut skali rombongan tu jer. tapi takper, amar. aku tetap doakan kamu.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home