kisah lalu untuk masa depan
kisah ini, dari sahabat untuk sahabat.
ada dua orang sahabat: yang memang ngam la kiranya. pada suatu hari, dua sahabat ni jatuh cinta. mereka bercinta bagai nak rak, sms siang malam. merindu (kononnya) toksah ceritalah. lupa plak. kedua mereka ni lelaki, dan semestinya bercinta ngan pompuan. dan pompuan2 tu tak dimasukkan dalam critera ni.
dan pada suatu ketika, ditakdirkan oleh allah yang maha tinggi, kedua mereka terputuslah akan ikatan (yang kononnya) suci itu. kedua mereka merasa sengsara dan merana lantaran cinta duniawi yang tidak kesampaian. penyelesaian haris dicari!
sahabat pertama, a, memilih untuk mencari cinta lagi. lalu kehulu kehilir utara selatan timur dan barat dia cuba mengubat kehilangan lalu untuk mencari cinta baru. dan dia ketemu! maka kembalilah dia bercinta, dan cinta itulah yang diperolehinya.
sahabat kedua, b, memilih jalan berbeza. setelah kehilangan cinta pertama, dia memilih untuk mencari cinta yang selamanya takkan luput. mencari cinta ilahi. mendampingi solehin, menggauli al-quran, dan kini menjadi al-hafiz. dan sebagai bonus untuknya, dia juga menemui cinta dari seorang gadis.
sekarang, keduanya sudah berumahtangga. doakan mereka bahagia ke akhir hayat.
moral of the story: kalau kamu berhijrah untuk allah dan rasulnya, maka, hijrah kamu untuk allah dan rasulnya. dan kalau hijrah kamu untuk dunia, atau untuk wanita yang kamu kahwini, maka hijrah kamu untuk apa yang kamu berhijrah kepadanya. ish.
maka, kepada yang kehilangan cinta, janganlah bersedih lagi. ingat janji ilahi. kerana kita tak pernah sendiri.
9 Comments:
cinta lindungan ka'abah...
=)
Sahabat 1 tu cceghah..
Sahabat 2 tu Zaki...huhu..=P
aa, pandai la kau tu aku. huhuhu
alamat!
52-256,gochok-dong,guro-gu,seoul,south korea.
alamat mg?
thanks
sai.alamat kampung terchenta.
oh
aii...putus cinta ke bang?!!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home