Friday, August 11, 2006

ayat2 cin[t]a?

gambar mentari di kala lembah klang diselubungi jerebu. isnin, 7 augustus, sore. [sekadar hiasan]

Awak.
Yer?
Awak penah cakap dulu
apa?
Awak suka saya
so?saya pun suka awak
so?kita... kita jadi special friends.

Hunk! Kalau time tu aku tengah makan megi, atau mee, atau laksa, nescaya kamu akan dapat melihat mereka (megi, mee, atau laksa) berjuntaian dari lubang hidungku yang indah jelita.

“Err, tunggulah, bila ada kekosongan. U kena hantar resume dulu tau. Masuk dalam waiting list”
Walhal kekosongan itu satu benda yang pasti.

Sebenarnya, aku tak tau nak jawab apa. Semua orang aku suka. Dan aku hebahkan aku suka mereka, hatta Wardina pun aku suka, cuma dia tak tau la yang aku suka dia. Tapi, suka aku bukan suka nak wat kapel, atau suka macam ghafo yang takleh tengok muka comel, mesti nak cubit. Suka aku sekadar suka. Suka yang sejuk hati. Apa ingat aku suka ke nak berkapel ngan bini orang (contoh di sini ialah wardina)?

Dan kenapa bila suka sama suka kena berkapel? Ishk, tak paham sunggoh aku.

Lantas saja mahu aku katakan: “awak suka saya? Baik. Hujung minggu ni saya gi jumpa bapak awak. Minggu satu lagi kita kawin.”

Nescaya [lagi] apa yang aku akan dapat ialah makihamun yang berguni2 atau kutukkeji yang berlaksalaksa dari bapak atau mak dia. “Mengaji tak habis lagi, duit takde sekepeng haram, ada hati nak menikah. Kamu nak bagi anak aku n anak2 kamu nanti makan pasir?”

Sebab sebenarnya, mak bapak kita [mak bapak kita dan jugak kakak2 dan abang2 kita!] lebih suka tengok kita berkapel, berdating dan bermaksiat (asal jangan bunting?) dari tengok kita kawin dan terpelihara dari maksiat. Dan juga mereka pikir kita ni gila benda tu. Sebab kalau sebut je kawin time study, akan keluar ayat: “anak2 kamu nanti nak bagi makan apa?”

Apa? Ingat kami nak kawin sebab nak benda tu ke? ~sigh.

Kalau kamu katakan, kamu ingin berkahwin untuk menjaga iman, atau untuk lari dari maksiat, pasti, kamu akan digelakketawakan dan diejek. “nak jaga iman konon”

Aku lebih suka untuk kenali wali gadis yang aku idami, bertemunya, dan berterus terang, dan di-reject, dan boleh aku lupakan kisah itu, dibandingkan dengan bertemu gadis itu saban hari tanpa halatuju yang jelas.

Aku lagi suka kiranya wali gadis tersebut datang kepadaku, dan meminangku untuk anak gadisnya, dan aku reject atas sebab2 tertentu, atau aku terima kerana aku berlapang hati dengannya, dan sudah pasti ini aku rasakan tidak akan sekali2 terjadi. [sila gelak di sini]

Lalu, apa sebenarnya tujuan hidup selain untuk mendapat redha ALLAH subhanahu wataala, dan redha itu tidak akan datang selagimana hati ini tenggelam dalam busuknya hitam maksiat.

“kerana cinta kita tiada redha-Nya”

untuk adik kakak yang cinta bersegi2 pulak: contohnya a suka b, b pulak suka c, dan c pulak suka d dan begitulah sampai z, kalau orang dah reject kita tu, faham2lah. bukannya orang tak suka kita, tapi suka orang sekadar suka. tanpa ingin jadi teman istimewa. sila faham, ye.

pasni mesti orang cakap: "afsal ko suka main2kan hati dan perasaan orang, ha?" aiseh. saper2 nak tolong jawab untuk aku?

"lau ta3lamu ma fi shodri haza..."

p/s:
gambar penuh purnama rejab, dengan 3 shutter speed berlainan. 10 augustus, malam

1.sempena bulan rejab yang mulia ini, sama2lah kita tinggalkan solat2 sunat rejab yang karut lagi bid'ah itu.

2. fahri kawin ngan 2 dari 4 gadis yang mencintainya. kalau nak jadi macam fahri, kena hafal 30 juzuk al-quran dan mahir dalam qiraat yang tujuh. juga perlu fasih berbahasa arab, inggeris dan germany atau french.

3. saper2 yang terasa nak jatuh hati ataupun dah jatuh hati pada penulis blog ini, sila betulkan niat suci anda itu. penulis ialah seorang yang pesimis.

5 Comments:

At 5:20 pm , Anonymous Anonymous said...

adik ceghoh..aloh la, kak nas pun mahu melaksanakan niat suci murni menikoh tuh,tapi masalahnya..hukhuk!! hanya Tuhan yang tahu! uwaaa..

-ujana kisah-

 
At 1:08 pm , Anonymous Anonymous said...

tau takpo. : )
p/s: adik ceghoh lloni ado di n9, mtm panchor, mrsm kk, n skdh. hok dok d uia ialah cheghoh, bukan adik dia. hehehe. sloro jah kak nas.

 
At 3:52 pm , Anonymous Anonymous said...

salam alayk bro sai...nak tanya pesimis tu ape ek..maklumlah bm lanjutan belum amek..mueheheh~

 
At 4:54 pm , Blogger ibnu_umar said...

salam. ceroh, aku amik posting ni copy paste kt alwancomics. buleh no..

 
At 1:16 pm , Anonymous Anonymous said...

rehan: pesimis tu berfikiran negatif.

amar: buleh2. silakan.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home