mimpi ngeri
mimpi ngeri seorang jurugambar digital ialah komputer rosak. mimpi yang lebih ngeri ialah cakerakeras (hard disk) yang mengandungi 200gig gambar yang diambil penat lelah tiba2 crash. mimpi yang lebih teruk ialah kamera digital kehabisan bateri pad saat genting. ~sigh~
cuti semester cuma 3 minggu (atau 4 barangkali, saya kurang periksa).
minggu pertama telah dihabiskan lepak2 di kampus, dan berikhtiar untuk menghidupkan komputer yang tak kunjung hidup. nazirah, ambik nota: "tak kunjung hidup" ialah ayat yang gratis untuk penulisan kamu. kan kamu ingin jadi jurnalis? doa kami bersamamu.
minggu kedua akan dihabiskan di rumah, mungkin akan membawa pulang sebotol racun rumput untuk meracun tembakau yang ditanam ayahanda. biar tak dapat dia merokok lagi muahuahahaha. tapi, pasti akan dicarinya juga tembakau dari member2 sepenanaman dengannya. bagaimanakah caranya untuk menggalakkan seorang perokok tegar berhenti merokok, dan pada masa yang sama, dia seorang penanam tembakau?
minggu ketiga, akan bertolak ke kawasan pedalaman, program dakwah orang asli, atau lebih kurang begitulah namanya. program ini dijamin best, dan memenatkan. kali sebelum terakhir dahulu, kami berjalan kaki selama lebih 4 jam untuk sampai ke destinasi.
dan dari dalam hutan, akan terus ke kampus, menjadikan waktu untuk bersama ayam itik di kampung hanyalah seminggu. tapi tak mengapalah, (agaknya) seminggu sudah cukup untuk mengubat rindu ayahanda dan bonda. [mungkin tidak]
sekian dahulu adanya, blogger akan berehat untuk 3 minggu.
dan bila buka semester nanti, kalau uang dan waktu (21 jam krdt dalam bulan puasa tak biasa dilakukan pelajar2 di sini) mencukupi, insya allah akan upgrade ke dslr.
6 Comments:
sgt ngeri mimpi yg dimimpikn.ajin keno.virus.abes smo jpg file.seb baik dpt blik dr kom deme2 yg mengepau gmbr aku,wlaupn tak bnyk..skrng backup dlm cd..
smt bercuti.jg utk amano.berpeluang lh kmu ber-2 mengeratkn ukhwah..tidak aku utk cuti ni..insyaAllah raya aji...
sempena keboborokan komputermu, aku kenaklan laman ini
http://godesinges.blogspot.com/
banyaknya adalah alami.
program dakwah itu anjuran siapa? mendakwah yang belum islam atau yang sudah?
nak tiru tulisan aj ker? huhuuuuu
anjuran sebuah persatuan di sini dan JHEOA. aj? taklah. dia yang meniru tulisan saya. hehehe
persatuan apa? aj? JHEOA? Jabatan Hal Ehwal Orang Asli...
aj ialah abdullah jones. jheoa tu dah betul. : )
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home