Thursday, September 14, 2006

nah update

1.

hari ini amat bermakna. beg saya diambil orang di masjid. adidas kaler baby blue + hitam. dalam tu ada segala esaimen dan report yang nak kena submit esok, nota2 tutorial, design banner alumni, pencil case bersama segala macam alat tulis, calculator, buku library 3 bijik, buku derma darah, lampu suluh mini, kad royal selangor photographer, segulung negatif filem yang belum guna lagi dan saya sekarang sedang bermuram durja aaaaaaaaaaaaaaa. ayah cakap, “esok dia pulangkan balik la tu. tersalah ambik tuu. orang yang terambik tu kecik2 jer, cam ashraf la jugak” ayah seorang yang kuat daya intuisinya, dan kebanyakannya tepat. berapa ribu orang yang kecik cam saya kat uia? doakan pengambil itu mendapat hidayah....

2.

keputusan x-ray vertebrae ayah kluar hari ni. ada saraf yang terperosok antara 2 rangkap tulang. kata bonda, mungkin akibat jatuh dulu hari. time bonda bercerita, rasa sedih giler. good boys do cry hu3. ayah bercerita dengan nada happy, taknak bagi anak2 risau gamaknya. menurut ayah, doc bagi ubat berguni2. most of them – painkiller. pasni mesti ayah jadi macam house m.d., without the miserable part of course he3. doakan ayah sembuh.

3.

ramadhan menjelang lagi. sabda Baginda (Allah's peace and blessings be upon him), kalau ramadhan berlalu tanpa seseorang tu dapat keampunan dan rahmat Allah, dia seorang yang amat rugi. maka, banyakkanlah beramal ibadat di bulan yang mulia ini. doakan semua amalan diterima dan semua dosa terampun.

4.

cerita 16 jam perjalanan kl-kb tu dah basi, tak payah ceritalah ye. saya doakan perjalanan sesiapa yang membaca blog ini selamat adanya

5.

berita buruk untuk gadis2 yang menyukai saya, tapi tidak mahu berterus terang dengan saya. saya akan bernikah selepas raya tahun ini. diulangi, saya akan bernikah selepas raya tahun ini. serius, tak tipu. berterus teranglah sebelum terlambat. dengan siapa, orang mana? Tungguuuuu. doakan kebahagiaan saya.

p/s: majlis nikah bukan majlis kenduri kawin, maka tunggulah saya jemput kamu ke kenduri nanti

6.

dulu bulu ado buat prediction pasal budok2 5scmakkah: majority budok2 nih akan samaada mmain ppalo blok atau ubat batuk.

berikut adalah pemain2:

ppalo blok

  1. ccheghah –uia
  2. faiz aziz – gapodiodoh daigaku, jepun
  3. faiz fauzi – uia
  4. fauzan – uia
  5. fadhli sukery – kuktem
  6. bulu – iwate daigaku, jepun
  7. azuwan – univ gapodiodoh, korea
  8. bad – kuittho
  9. md noor – institute tokingat namo – perlis
  10. fakhri –uia
  11. nik – uniten

ubat batuk

  1. awi – uia
  2. kkema – ain shams, mesir
  3. azam hilmi –uitm
  4. mamat – univ. msia sabah
  5. abah – manipal, india
  6. darwish – uia
  7. rajo– uia (farmasi)
  8. khalis – ukm
  9. azinuddin – universitas kristian trignamorimadoh, indon

lain lain

  1. hamdi – usm
  2. hilmi- usm
  3. apih – uia
  4. yazid – uia
  5. bbedi – upsi
  6. muslim – toktahuduanoeh
  7. mustakim – upm
  8. che wan – uia

mia

  1. firdaus abe darwish

jumlah smua = 30. oversea 6 pemain, tidak termasuk mamat yang over “laut cina selatan”. semua2, sila update status anda. kalu ado saloh mano2 tu tulong bbeto la.

p/s: ppalo blok = engineering, ubat batuk = medic n farmasi.

raya ni sempat berkumpul tak ei?

8 Comments:

At 12:07 am , Blogger weAr said...

raya aji aku bleh.raya pose..dlm kelas.
majlis kawin?aku dijemput?

 
At 4:20 pm , Anonymous Anonymous said...

semua dijemput. tarikh tak letak lagi

 
At 4:30 pm , Blogger kma said...

semoga beg mung dijumpai. semoga ayahanda mung get well soon. semoga berbahagio ke anak cucu. huhu

 
At 7:22 pm , Blogger weAr said...

harap2 pd tarikh aku bleh g..

 
At 12:06 pm , Blogger Nazirah Ashari said...

macam mana boleh begini konfiden ader org suka kamu? hebat betul la...

kesian beg hilang. tak tersanggupi memikirkan hilang sebnayak brg berharga... haih.

 
At 4:12 pm , Anonymous Anonymous said...

moga beg tu jupok smula. ayahanda sihat walafiat smula and hidup bahagio sapa anak, cucu, cicit dan yang seterusnya.

 
At 8:13 pm , Blogger Amermeftah said...

nah comment

1. Kes beg hilang tak berabis. dulu di matrik ada satu brader disyaki karena sewaktu semua org belari-lari solat bila bilal qamat dia tgh salin kain, bila org baru turun, dia dah salin kain. muka dia tak penah nampak di atas.

2. bapak2 kita semuanya tua2 dan sakit2. mudahan mereka sembuh. lelaki menangis? nanti aku coba bincangkan.

3. kedai2 fawanees dan qamaruddin dibuka disana-sini.

4. cih, aku tak main ubat batuk la!

 
At 5:44 pm , Anonymous Anonymous said...

aku pong tok mmain ppalo blok a

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home