Tuesday, February 28, 2006

kisah dari taman melati 1

sukarelawan diperlukan. amat diperlukan. terutamanya perempuan. ya, perempuan. kalau kamu berlapangan, marilah kita sama2 melakukan kerja amal.

[flashback sikit: di taman melati ada 2 beradik (lelaki dan pompuan) yang lumpuh yang memerlukan pertolongan orang ramai yang tak ramai nak menolong. marilah kita ramai2 menolong]

antara perlu nak dibuat ialah:
1. wudukkan mereka, supaya boleh mereka solat dengan wuduk
2. istinjakkan mereka, supaya mereka boleh bersolat dalam kesucian
3. mandikan mereka (atau lap tubuh badan), supaya kuman dan bakteria menjauh dari tubuh mereka.
4. basuh pinggan mangkuk
5. sapu sampah dan kemas rumah
6. basuh pakaian [mesin basuh disediakan]
7. memasak (kalau perlu)
dan lain2 yang difikirkan perlu sepanjang kamu berada di situ.

*nombor 4-7 adalah amat biasa kamu lakukan di rumah kamu. apa kata, kali ini kamu lakukan di rumah makteh dan paklong.

*nombor 1-3 sebagai latihan dan praktikal untuk apa yang kamu pelajari tentang kesucian dan kebersihan dari halakah2 kamu samaada semasa di matriks atau di kampus utama. juga sebagai latihan kalau2 benda sama terjadi keatas orang yang dekat dengan kamu [na3uzubillah] supaya kamu tidak terasa, er... takut?

lokasi: taman melatikenderaan dari uia: kereta atau motor kalau kamu punyai satu, atau dua. feeder dari uia ke putra, 50 sen. lrt dr putra ke tmn melati 70sen (rasarasanyalah. kalau tak pun singgit jer.)kos maksimum kamu pergi balik: rm3. masa kamu luangkan untuk mereka: priceless. ganjaran kamu di sisi tuhan kamu: hanya tuhan yang tahu.

ayat melalut: hanya sejam, atau dua yang kamu luangkan mampu merubah segalanya.

bertandanglah dengan tangan yang berbuahkan buah2an.

p/s:
1. kesabaran amatlah dituntut.
2. lepas ni, aku nak bawak mr. bulu ngan en. faiz melawat diorang. encik kmalala dari tanah ibudunia nak ikut? atau encik makannasik dari leeds? atau puan kaori_kenshin? apa katamu, kma?

2 Comments:

At 10:45 am , Blogger kaori_kenshin said...

Bile mase sy ade title puan ni? InsyaALLAH, kalo ade mase, boleh gi.. Tapi sekrang ni tgh overload keje..

 
At 3:36 am , Blogger ibnu_umar said...

salam.. hmm.. berminat.. :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home