Tuesday, January 31, 2006

financial statement.

[entry ini ditulis dalam keadaan perasan-hensem-kacak yang terlampau]

setibanya dari kg hussin, maka berlengganglah dgn gaya catwalk ke atm terdekat untuk mencucuk duit; dan bila tengok duit belen, yang tinggal adalah jumlah amaun yang banyak kurang dari sepatutnya. kenapa? kerana setelah di semak melalui internet pada hari kemudiannya, bahagian financial sekali lagi telah memotong yuran untuk semester ini. seribu tiga ratus bukan jumlah yang sikit, dan dipotong sekali lagi menjadikan jumlah yuran aku sem ni ialah dua ribu enam ratus.

oooo, inilah kejadahnya benda yang selalu masuk paper kosmo tentang ke"tuuuuut"an bahagian kewangan univ ni. tapi, disebabkan aku seorang yang baik dan hensem, aku hebohkan di blog ini sajalah. tak perlu satu tanah melayu baca kisah sedih aku ni.

mungkinkah mereka (finance) memotong duit dari mereka2 yang kacak?

aku kira dengan potongan yang sekali ganda lebih banyak dari orang lain, keputusan peperiksaan akhir aku perlu juga diganda-duakan dari keputusan asal. katalah, semester ni aku hanya dapat 3.55, maka keputusan sepatutnya ialah 4, sebab nilai cgpa maksimum ialah 4 (dan baki selebihnya dibawa ke semester hadapan), dan apa jua keputusan yang aku dapat, aku akan dapat 4, kerana tidak mungkin aku akan mendapat bawah dari 2. (tiada nada riak di sini, cuma keyakinan diri dan self esteem)

tapi, nilaian satu ribu tiga ratus dua ringgit dan lima puluh sen itu, sudah membolehkan aku kawin lari di sempadan siam sana.

p/s: epistemology (not found in oxford dictionary) means the concept of knowledge . when will i write in english again? God knows best. sa-year sooker melaloot.

2 Comments:

At 2:24 pm , Blogger kma said...

jauhnye kat sempadan sana (aku dekat la. ha ha). ada hati nak kawin lari =P

 
At 10:27 am , Anonymous Anonymous said...

maunya berperang ngan bonda kalu kawin lari. ha3

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home