berhuma kita berhuma
makan nasi beras huma. best. memang best. cuti kali ini telah diisi dengan satu benda yang amat berfaedah; makan nasi beras bukit untuk pertama kali dalam hayat aku. wangi. best.
TRIP comrade (baca: komrad, salah satu persatuan yang ujud di taman ilmu ni) ke perkampungan orang asli, kg hussin di puncak gunung tanah tinggi sana menyebabkan aku terpaksa consider semula rancangan asal untuk bekerja dan menetap di luar tanah melayu setelah bergraduat. kembara ke sana (perkampungan orang asli) adalah satu perkara, dan berdakwah kepada komuniti mereka adalah satu perkara yang lain. suasana kampung: panas membahang pada siang hari, sejuk membeku pada malam hari. penat, tapi amat bersemangat. tak pernah mengeluh.
kenapa bersusah payah masuk hutan berdakwah kepada komuniti orang asli sedang pada masa yang sama takleh nak suruh sesetengah dari roomates solat?
orang asli tak tahu akidah, kita ajarkan, mereka faham: tuhan itu satu. tak tahu solat, kita ajarkan, mereka gembira, manifestasi hidup bertuhan. tak tahu itu-ini, kita beritahu, mereka faham. mereka happy, kita gembira, dapat jemputan makan nasi beras bukit. ;p
roomates tahu akidah, tahu solat, tahu itu-ini, faqih, sekolah agama. kita tegur; dikata perli. kita tegur; dikata tunjuk pandai. kita tegur; disuruh diam. kau sibuk kenapa? kubur lain2. apa lagi daya? hantar ke kampung orang asli?
2 Comments:
kubur lain2, mahsyar sama sekali...
baca dengan suara menceret: "amek2 semua ikut saya ramai2". nice sweet unforgettable experience, kan?
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home