Posting ini terbit hasil dari teguran sorang ustaz terhadap gaya pemakaian saya yang selaku seorang yang padanya “ada ilmu” yang lebih selesa dgn jeans dan t-shirt.
Warak dalam berpakaian
Glosari: tabarruj = berhias/mekap overdosed
Adakah pakaian anda menutup aurat? Tutup aurat dalam ertikata tutup aurat, bukan bungkus aurat seperti bungkus nangka atau ketupat? Adakah anda yakin dengan penutupan aurat anda? Adakah anda solat dalam apa yang anda pakai pada hari2 biasa? Dalam pakaian anda ke pejabat? Ke kelas? Ke supermarket? Atau anda apabila bersolat memakai pakaian khusus supaya menutup aurat sekaligus mengiktiraf diri anda tidak menutup aurat pada waktu2 anda tidak bersembahyang?
Atau adakah anda memenuhi segala kriteria menutup aurat, tetapi tidak wara’ dalam berpakaian. Wara’ dalam berpakaian? Mmm…
Berpakaian pada hak seorang awam muslim ialah menutup aurat dengan lengkap, tidak berpakaian dengan sombong dan menunjuk-nunjuk. Tidak berpakain ketat menampakkan bentuk tubuh badan dan tidak berpakaian jarang yang menampakkan aurat. Dan seharusnya, pakaian itulah pakaian yang boleh terus dibawa bersolat tanpa perlu kepada persalinan lain, baik lelaki mahupun wanita. dan bagi wanita, seharusnya diambil serius bahawa berhias dan berwangian adalah dilarang dalam agama melainkan kepada suami. Begitu juga tidak dibolehkan bagi wanita menampakkan perhiasan kepada bukan mahramnya yang pada waktu kebiasaannya tidak boleh dilihat seperti rantai dan anting2, dan juga dilarang memakai loceng2 (seperti yang banyak dipakai orang pada gelang kaki). Juga dilarang mencabut atau mencukur bulu kening, kerana kita berpegang teguh kepada sabda baginda sollallahu alaihi wasallam yang mafhumnya: “dilaknat orang yang mencabut bulu kening dan yang meminta dicabut bulu keningnya”. Dilarang juga lelaki berpakain wanita dan wanita berpakaian lelaki.
Adapun berpakaian pada hak seorang ahli ilmu ialah dengan berpakaian yang sesuai dengan haknya. Sebagai contoh, seorang guru tidak boleh memakai jeans dan selipar jepun semasa pergi mengajar, seorang business man tak boleh berbaju singlet semasa melobi projek dan seorang khatib tidak boleh berpakaian selekeh semasa memberi khutbah. Seorang ahli ilmu perlu berpakaian mengikut etika berpakaian dalam bidang masing. Sekalipun menutup aurat dengan lengkap, seorang ustazah (yang betul2 ustazah) misalnya tidak kena pada hak ilmunya untuk dia berpakaian seperti seorang secretary.
Walaubagaimanapun, pada pandangan sesetengan orang, bertabarruj untuk kelihatan cantik adalah fitrah. Fitrah manusia adalah kepada yang cantik2. maka dicukur/cabut bulu kening, dimekap tebal2 supaya cantik di mata hati sendiri (syok sendiri?) dan cantik di mata manusia. Tapi cantikkah di mata Tuhan?
Sebenarnya, pada waktu itu, ustaz tersebut (yang menegur saya) sedang bercerita tentang bab berpakaian bagi ahli ilmu agama. Beliau mengkritik beberapa agamawan dan public figure yang menyandang title ustaz dan ustazah yang padanya tidak kena pada ilmu yang ada pada mereka. Para ustaz ini, menurutnya, lantang bercakap tentang islam itu, islam ini, islam segalanya, tapi masih gagal dalam memimpin rumah tangga, membiarkan isteri2 dan anak2 dara mereka bertabarruj di tempat awam. Selebritilah katakan, sebab dah terkenal. Begitu juga dengan ustazah2 (tidak semua) yang muncul di khalayak untuk bercakap mengenai ilmu2 agama, tetapi pada masa yang sama bertabarruj. Pernah dulu, menurutnya, seorang tokoh yang dianggap agamawati muncul dengan berpakaian jarang. Tidak tsiqah pada hak ilmunya.
alasan biasa yang diberikan oleh golongan berilmu agama tapi tidak berpakaian tsiqoh ini (termasuk saya, rasanya) adalah supaya dapat mendekati mad’u dengan lebih mudah. Namun, alasan ini tertolak dengan logic akal yang mudah. Kalau seorang daie berpakaian sama seperti seorang mad’u, orang yang tak kenal dai’e tersebut takkan anggap dia seorang yang berilmu, seorang daie. Walaupun pepatah inggeris mengatakan ‘don’t judge a book by its cover’, we tend to judge unless we go through the book or the book speaks for itself. We don’t go to a book which has terrible or terrific cover design and title, and say “we don’t judge books by their covers” and buy the book without flipping through the contents. Did you buy the idea?
Berbalik kepada berpakaian. Berpakaianlah menurut keselesaan hati anda, tapi biarlah cantik di mata Tuhan, dan cantik pada mata manusia pada masa yang sama dianggap satu bonus.
Ya Allah, janganlah Engkau telanjangkan kami setelah Engkau berikan kami pakaian.
I rest my case.