Friday, September 29, 2006

1 ramadhan di belantara raya

sambutan ramadhan di hutan belantara, untuk pengetahuan kamu walaupun kamu dah tahu, tidaklah semeriah sambutan ramadhan di bandar2. 1 ramadhan disambut dengan penuh syukur, sambil menggaru2 kaki, betis, lutut dan paha semasa solat isya’ dan qiam ramadhan (terawih) kerana kehadiran agas2 yang bagai badai menggila. gataaaaaaaaaaaaaallll aaaaaaa. sesudah terawih pula, penduduk tiba2 mintak nak buat persembahan dikir barat sempena menyambut kedatangan kami ke kampung mereka. maka beralunlah malam 1 ramadhan itu dengan tabuhan baldi cat dan gayong plastik dan ketukan mangkuk besi mengiringi dikir dalam bahasa batik dan bahasa kelantan.

program yang diberi nama penghayatan ramadhan ini diadakan di perkampungan orang asli dari suku batik, kg kos aring, aring 5 gua musang. dekat gak a ngan taman negara kuala koh. bermula pada siangnya (30 sya’ban bersamaan 23 sept), kami cuba sedaya mungkin mengajak penduduk kampung supaya menghadirkan diri ke program yan dianjurkan, dan alhamdulillah, kedatangan penduduk adalah paling ramai semasa program makan2. sebenarnya pada waktu hujan renyai tu, saya sedang enak dibuai mimpi yang tah hape2. bangun2 je, auzai-awi ttiibeer jer suruh saya selaku pm program (ehem2) bagi hadiah kpd pemenang2 pertandingan. dan program disambung seperti perenggan atas.

sedikit mengenai kampung:
diketuai oleh penghulu hek bin selik, kg ini ada 53 buah rumah dengan jumlah penduduk yang tak tetap. ikut musim a. musim buah tiba2 penduduk jadi ramai. musim hujan tiba2 penduduk jadi sikit. ini kerana masih ada antara mereka yang masih mengamalkan kehidupan nomad berpindah randah, dan kampung tersebut hanya dijadikan check point untuk berhenti berteduh.

to my amazement, the penghulu can speak english! ttiiibeeer aku pun speaking hahaha. penghulu kg ni mmg hebat a. boleh speaking, baca tulis toksah cerita a. pernah bekerja di bandar dengan pendapatan 4 angka, dia sanggup tinggalkan semua fatamorgana itu untuk pulang ke lembah aring untuk menolong bangsa sendiri. “kalau bukan saya, siapa lagi?” ujarnya [ni ayat rekaan aku semata2].

bagaimana beliau boleh speaking? well, tok penghulu pun bercerita…..

long2 time ago, when i was 10, there was a group of orang putih, doctors, came to this village. at that time there were only few houses here, not like today. you know what doctors do. and on their last day here, one of the doctor said to me, “come with us. we’ll show you the world.” [aku: masa tu tok kecik lagi. aku rasa mesti doc tu cakap bahasa mlayu time tu]. sambung citer…

i nodded my head. and we left the village on a helicopter. time passed by, and as if it was a blink of eye, 20 years had passed me by. i’d forgotten my language, my asal-usul, my everything! then suddenly, it struck me that i need to go back to where i belong, back to my village.

when i got back to the village, my parents cried, thanking god that i’m alive, because there was a rumour that the orang putihs had eaten me [aku gelak time ni]. i needed some time to re-master my mother tongue, and now here i am. the penghulu of this village. the end.

mana lagi nak cari orang asli yang speaking?

berbalik kepada kisah kami.

sahur malam tu mmg superb ah. trimas kepada che de kerana telah menjadi chef yang jaya dengan bantuan max dan rakan2 lain. tanpa korang, kelaparanlah kami. setelah solat subuh dan tazkirah, ada lagi majlis penutup, dan jali dengan semangatnya berdikir sebagai balasan terhadap dikir penduduk malam tadi. max lak ttibeer soh bangun nashid. huhuh. Lepas bg cenderahati kat tok penghulu n abang azhar, diadakan ziarah wada’ ke rumah penduduk.

then seterusnya, sesi bergambar. diikuti rabitah yang mana time ni aku kena interrogated ngan polis sb dr gua musang. mana la tau, kami cuba membawa unsur2 ayah2 dan mak2 pin ke dalam kampung ni. penat menjawab eh. seb baik tok penghulu, pijan ngan abang azhar backup.

bertolak dari kampung pada tengah hari satu ramadhan itu, disebabkan aku ada exam pd 2 ramadhan, maka berbacaanlah buku itu olehku.namun, disebabkan aku alahan dengan buku (ie kalau baca jer mesti rasa ngantuk), maka baki perjalanan di habiskan dengan slumber zzzzz. maka tiada apalah yang menarik untuk aku nukilkan sepanjang perjalanan kecuali max yang melalak tak sudah2.

adapun, abang azhar the trak driver brentikan trak dekat bentong. beli makanan berbuka. dan sesudah itu, tibalah saatnya untuk membuat mereka yang lain terasa jeles. kami berbuka di tepian sungai dengan hamparan tikar dan ditemani unggun api. 1st time sepanjang hayat berbuka puasa pd 1 ramadhan di tepi sungai. dan mungkin selepas ini tak ketemu lagi kesempatan ini. kami sedang bermusafiran, lupa? setelah itu, kami berendam dalam kolam air panas sebelah sungai tu . rasa macam ala2 sauna la plak. tapi memang best a. badan rasa makin penat, mata makin kuyu, makin layu…..

perjalanan diteruskan, dan kami berhenti sekali lagi untuk membuat segala urusan apa yang patut di genting sempah. di sinilah max dengan selambanya berjalan atas aliran air dari tangki septic (air najis la tu). takder deria bau gamaknya budak ni.

“asal korang tak cakap awal2? kalau tak bleh jilat2 td.” hish!

sampai ke perkarangan masjid uia sekitar 11 malam, segala urusan pengemasan cuba disetelkan. pinjam keter anep, anta tong gas ke faruq, anta kak engku ngan shariah ke asiah, pijan ke maryam, dan membawa diri pulang. Pukul 1 lebih. Mmmph. penat, nak tido. esok exam. qiam ramadhan? errr.....

p/s: aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. ngaper blogger takleh nak upload gambar ni?

Tuesday, September 26, 2006

ramadhan kareem

al-baqarah 183
courtesy of wear (aku ambik jer sebenarnya)

Friday, September 15, 2006

kandungan (hamil?)

kerugian akibat kehilangan apa yang dikandung oleh beg:
buku2 library (4 bijik sebenarnya): rm680 - dah konfem ngan library (kenapa la buku2 engineering mahal2 ha?)
kalkulator saintifik rm40. alatan tulis rm30 kot. filem negatif rm8. design banner alumni rm5

jumlah harga dunia: rm763.

barang tak ternilai: notes2 engineering, esaimen dan homework, kad selangor royal foto (walau x pernah guna), kad derma darah dll.

barang tak tau harga: pen parker, lampu suluh mini, beg tu sendiri.

doakan semoga buku2 dan notes tu dipulangkan. jumlah lain bleh cover. buku2 dan notes tu, isk isk

nak donate? apasahaja medium kecuali kredit kad dan transfer kredit henset.

Thursday, September 14, 2006

nah update

1.

hari ini amat bermakna. beg saya diambil orang di masjid. adidas kaler baby blue + hitam. dalam tu ada segala esaimen dan report yang nak kena submit esok, nota2 tutorial, design banner alumni, pencil case bersama segala macam alat tulis, calculator, buku library 3 bijik, buku derma darah, lampu suluh mini, kad royal selangor photographer, segulung negatif filem yang belum guna lagi dan saya sekarang sedang bermuram durja aaaaaaaaaaaaaaa. ayah cakap, “esok dia pulangkan balik la tu. tersalah ambik tuu. orang yang terambik tu kecik2 jer, cam ashraf la jugak” ayah seorang yang kuat daya intuisinya, dan kebanyakannya tepat. berapa ribu orang yang kecik cam saya kat uia? doakan pengambil itu mendapat hidayah....

2.

keputusan x-ray vertebrae ayah kluar hari ni. ada saraf yang terperosok antara 2 rangkap tulang. kata bonda, mungkin akibat jatuh dulu hari. time bonda bercerita, rasa sedih giler. good boys do cry hu3. ayah bercerita dengan nada happy, taknak bagi anak2 risau gamaknya. menurut ayah, doc bagi ubat berguni2. most of them – painkiller. pasni mesti ayah jadi macam house m.d., without the miserable part of course he3. doakan ayah sembuh.

3.

ramadhan menjelang lagi. sabda Baginda (Allah's peace and blessings be upon him), kalau ramadhan berlalu tanpa seseorang tu dapat keampunan dan rahmat Allah, dia seorang yang amat rugi. maka, banyakkanlah beramal ibadat di bulan yang mulia ini. doakan semua amalan diterima dan semua dosa terampun.

4.

cerita 16 jam perjalanan kl-kb tu dah basi, tak payah ceritalah ye. saya doakan perjalanan sesiapa yang membaca blog ini selamat adanya

5.

berita buruk untuk gadis2 yang menyukai saya, tapi tidak mahu berterus terang dengan saya. saya akan bernikah selepas raya tahun ini. diulangi, saya akan bernikah selepas raya tahun ini. serius, tak tipu. berterus teranglah sebelum terlambat. dengan siapa, orang mana? Tungguuuuu. doakan kebahagiaan saya.

p/s: majlis nikah bukan majlis kenduri kawin, maka tunggulah saya jemput kamu ke kenduri nanti

6.

dulu bulu ado buat prediction pasal budok2 5scmakkah: majority budok2 nih akan samaada mmain ppalo blok atau ubat batuk.

berikut adalah pemain2:

ppalo blok

  1. ccheghah –uia
  2. faiz aziz – gapodiodoh daigaku, jepun
  3. faiz fauzi – uia
  4. fauzan – uia
  5. fadhli sukery – kuktem
  6. bulu – iwate daigaku, jepun
  7. azuwan – univ gapodiodoh, korea
  8. bad – kuittho
  9. md noor – institute tokingat namo – perlis
  10. fakhri –uia
  11. nik – uniten

ubat batuk

  1. awi – uia
  2. kkema – ain shams, mesir
  3. azam hilmi –uitm
  4. mamat – univ. msia sabah
  5. abah – manipal, india
  6. darwish – uia
  7. rajo– uia (farmasi)
  8. khalis – ukm
  9. azinuddin – universitas kristian trignamorimadoh, indon

lain lain

  1. hamdi – usm
  2. hilmi- usm
  3. apih – uia
  4. yazid – uia
  5. bbedi – upsi
  6. muslim – toktahuduanoeh
  7. mustakim – upm
  8. che wan – uia

mia

  1. firdaus abe darwish

jumlah smua = 30. oversea 6 pemain, tidak termasuk mamat yang over “laut cina selatan”. semua2, sila update status anda. kalu ado saloh mano2 tu tulong bbeto la.

p/s: ppalo blok = engineering, ubat batuk = medic n farmasi.

raya ni sempat berkumpul tak ei?