Friday, March 16, 2007

moved

moved.

http://ashraflatif.wordpress.com/

Thursday, March 15, 2007

warak dan/tapi berkapel?

setelah lama kamu menunggu...


Warak tapi bercouple? Warak? Berkapel?

Kalau dah berkapel mana waraknyer lagi. Itu jawapan reaktif dr aku. Juga jawapan dari ustaz2 yang reaktif: orang warak yang berkapel ialah orang warak yang tidak berakhlak, sekaligus status warak tidak lagi wujud.

Mereka yang proaktif pula akan bertanya, kenapa berkapel? Contohnya, segelintir ustaz2 yang faham dengan gelojak hati rumaja. Mereka tahu, berkapel kerana hati telah bertaut. Kenapa tidak kahwin? Kerana mentaliti masyarakat. Kekangan adat. Nak berkahwin kena ada kerja, kena ada rumah, kena ada segalanya. Hantaran kena berjuta. Bersanding biar di dewan perdana felda. Kalau tak jangan mimpi nak kawin. Maka sebab itulah timbulnya idea nikah khitbah oleh ustaz maszlee. Itupun mendapat kecaman dan protes oleh ibubapa. “kami nak anak2 kami berjaya dalam pelajaran!” akhirat? Tak nak berjaya?

Saya sebenarnya masih termangu2 mendengar kenyataan seorang bapa,” saya tak kisah kalau anak dara saya nak bersosial gila2 waktu stadi. Clubbing? Keluar dengan jantan entah mana2? Saya izinkan. Tapi, untuk dia kawin waktu sedang belajar, no way!” au kama qaal.

Maka, yang tersepit, mereka2 yang (kononnya) warak inilah. Satu, ingin menjaga agama dan iman. Satu lagi, untuk taat pada orangtua. Maka, oleh kerana taat kepada orangtua itu bermakna taat dalam beragama, tinggal mereka terolangaleng. Takut2 hanyut di tengah sungai.

Yang tinggal untuk diberi perhatian hanyalah bagaimana kapel itu dilakukan. Keluar berdua setiap hari? Setiap minggu? Selalu bertemu? Hanya sekadar sms? Hanya sekadar miskol? Atau hanya sekadar saling merindu di dalam hati semata2, tanpa ada medium meluahkan? Pilihan di tangan masing2. walau apapun, pendapat saya, diulangi seperti di atas. Kepada yang (kononnya) warak, warak tu tidak akan datang kembali ke dalam hati selagimana insan yang kamu katakan bertakhta dalam hati itu masih lagi tidak halal bagi kamu.

Pesanan ustaz yang reaktif: putuskan hubungan ! apa yang kamu buat ini tidak bermoral! Tidak berakhlak! Haraam!!

Pesanan ustaz yang proaktif: sabarlah. Kawal diri. Dapatkan restu ibubapa dan redha ilahi pada masa yang sama. Sesungguhnya Dia amat mengetahui apa yang ada dalam hati kamu.

Ibarat kata hamka, berpenat-lelahlah beribadah sehingga kamu tidak larat lagi untuk bermaksiat. Jangan berpenat-lelah bermaksiat sehingga tiada lagi masa untuk ibadah.

p/s: there is always siam on the other side of the river

Wednesday, March 14, 2007

pos lebir

1. blog ni bakal berpindah. berpindah. dah graduated blogger, nak try wordpress plak

2. 16 - 21 april nanti, comrade iium (baca: kom-rad ai ai yu em) akan ke perkampungan orang asli pos lebir, gua musang. program dia ialah: islamic practical teaching for aborigines. sebarang sumbangan amatlah dialualukan dan boleh kontek sai.7th[at]gmail.com untukmenyumbang. apa jua bentuk, cash, cek, wang pos, pakaian terpakai, beras, tepung, minyak dsb. trima kasih kpd emss untuk cash anda malam tu.

3. nantikan perpindahan ke wajah baru. tp, err, lambat lg kot. skarang ni sibuk nak eaxm.

sekian.