Wednesday, February 21, 2007

mazhab waktu

setelah diberi cadangan oleh adik aku, sbb kesemua apa yang aku tulis sebelum ni agak berat untuk korang baca (biasalah, melayu nak bacaan yang santai je. ni hipotesis aku la), maka terimalah, mazhab waktu.

ada orang yang amat particular pasal waktu. gelarkan mereka golongan pertama. semua kerja nak disetelkan in time, kalau tak on time. semua kerja nak stat awal, sbb kalau ada apa2 perubahan kemudiannya, bleh diubah dengan jayanya. orang macam ni biasanya dapat markah tinggi dalam exam. respek2.

aku pulak termasuk dalam golongan ke dua nih. smua kerja nak bertangguh. masa lapang diisi dengan benda tak berfaedah. layan budak2 kat wps, ronda2, tengok muvi n crite2 bersiri jepun dan korea yang highly addictive, dan lain2 lagi la. biasanya, orang macam ni (termasuk aku la tu) akan hantar esaimen selepas dateline, dan mendapat markah yang kurang banyak dari golongan pertama di atas. ataupun tak hantar langsung. esaimen cs dah braper kali burn, err, kma?

golongan pertama dan kedua dua2 progress. kadang2 golongan kedua progress lebih laju. cuma yang berbeza ialah halatuju progress tersebut. golongan pertama mempunyai gol yang jelas di mata, manakala golongan kedua pulak progress ke arah awang2an, walau laju.

masalah sebenarnya ialah pengurusan masa, dan sikap kita terhadap masa. semua tak nafikan, masa takkan boleh berulang. namun sejarah akan repeat itself again and again and again. cuma atas kitalah, nak ambik iktibar atau tidak.

semua tahu, dalam hadis ada sebut, yang mana mafhumnya, tak berganjak kaki anak adam melaikan disoal akan dia berkenaan lima perkara. salah satunya ialah: waktu mudamu, di mana kamu luangkan? camner eh nak jawab esok2 nanti? dalam muvi teater? depan comp main games? dok geli2? meh sumer ramai2 istighfar. astaghfirullahal'aziim. ulang 100 kali pun takper.

nway, masa perlu ditepati. setiap janji perlu ditunaikan kena pada masanya. contohnya, peserta btn (kursus yang cukup dibenci, tapi kakikipas umno cukup suka) masih perlu masuk dewan tepat pada masanya walaupun kursus tu mmg tak disukai. tak bernilai walau setengah kepeng. walaupun masuk mmg panaaasss. tetiber aku emo. nak gi jual beger jap...

dah balik dr jual beger...

menjadi tanggungjawab peserta untuk patuh pada arahan. ingat kata2 "bertindak mengikut arahan" ? tapi, juga menjadi tanggungjawab penganjur untuk buat program pada waktu peserta dapat berjalan santai ke tempat program. tidak terkejar2, tidak berlari2 kerana program bermula pada saat waktu imam sedang dalam rakaat ke-2 sembahyang jemaah di masjid. komiti n penceramah btn tu sumer smayang ker? silap eh soklan ni? pembetulan: komiti n penceramah tu sumer smayang jemaah ker? kalau dia bleh ganti pahala peserta smayang dalam jemaah pertama ngan imam, takper la. ni program cakap bedegar2 nak bangkitkan negara, daulatkan bangsa. solat jemaah pun takleh jaga. ada hati nak jaga negara. pegi mampo- eh. sori. emo pulak. emo2 gi jual beger la.

samalah jugak halnya dengan persatuan2 pelajar yang menekankan kepimpinan dan sebagainya. kalau nak wat miting ker, ape2 program ker, wat la lepas isyak (kalau malam) dan lepas waktu solat (kalau siang). barula semua pihak boleh berlapang dada. ulang ayat perenggan di atas: kalau solat jemaah pun tak boleh nak jaga... (tidak melebihi 15 patah perkataan)

kesimpulannya, peserta kena patuh pada waktu, dan penganjur kenala memahami peserta dan buat program pd waktu semua orang boleh pergi. iklan sket: meh join usrah bro. sai kat mesjid shas setiap pagi sabtu lepas subuh. agenda: macam usrah kaderisasi hasan al-banna yang biasa2.

kesimpulan besar, kalau time spm dulu, karangan macam ni akan dapat markah kosong sbb pertama: menyeleweng dari tajuk, kedua: ada perkataan umno tapi tidak memujinya, ketiga: kutuk btn, keempat: jual beger.

sebagai saguhati kerana membaca, aku hadiahkan sekeping gambar yang aku jumpa. dah penat aku berguling sambil pegang perut.


caption dia: spongebob ni dijumpai di johor setelah banjir surut haritu.

sekian.

Wednesday, February 14, 2007

al-faatihah

untuk arwah paklong yang kembali ke rahmatullah pada 13hb februari 2007, sekitar 3 pagi. semoga beliau diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama2 mereka yang soleh. amiin.

Monday, February 05, 2007

outing gi zoo

pakubelanggu


sai no hana


burung tmenung


shhh...


off topic sket: yang ni masa korban aritu

"dan tidaklah sesuatu itu dijadikan-Nya sia2"