Tuesday, December 26, 2006

tsunami di acheh; ulangtahun ke-2

sebenarnya langsung gue terlupa tentang tanggal ni. tadi berjumpa prof khalid (supervisor semester ini) kerna gue butuhkan tandatangannya, dan dia bertanya tentang tanggal hari ini.
-26th dec, sir.
-oh, tsunami. mmm

dan masih lagi bagaikan mereka bermain2 di depan mata. menghantui.
- alisa delisa, aisyah, zahra, fatimah dan ummi.

Thursday, December 14, 2006

citer sama

sleep deprieved!! the new semester had just started for two weeks, and i'm already having this sleeping disorder.

have a good night sleep everyone.

Tuesday, December 12, 2006

sejenak

pulang ke laman bonda, memohon izin; tidak pulang beraya haji nanti. di sambut bunga2an di laman nenda,



dan kkoleh ubi badak ungu buatan kekanda



dan labu sira air tangan bonda



dan sesajer nak amik gamba benda alah ni; ngoyok nyior



kerana saya tahu, kamu di rantauan merindui kampung halaman.

anekdot:

"lloni museng pauh ko?"
"hmm. lloni museng dio la."
"museng pauh ggapo lloni?"
"pauh putih - free willy hu3"

-darihal kekanda saya, dan pauh putih itu merujuk kpd killer whale.

Thursday, December 07, 2006

maklumlah

1. pohon doa dari sekalian kamu, para pembaca

jaE masuk spital. masuk arini rasanya dah sminggu kena tahan dalam wad ortho. pergi pun lenggang saja. tak bawak apa2. kalau bawak pun, buah2 yg orang lain bawak tak berprabisan lagi. saya jugak yang kena habiskan. saya ni penyegan. tapi bab2 makan ni, faham2 sajalah. kalau malu x kenyang ha3.

sebab segan jugalah saya dah segan nak mintak pinjam kereta anep. dah banyak kali pinjam kereta dia. walaupun dia bagi je, FOC lagi, tp, nak mintak acap2 malu plak. kereta akil pun sama. nampak gayanya kena beli kereta la lepas ni. kepada penumpang2 kereta pinjam saya, lepas ni kita kena la pergi lawat jaE naik bas atau moto atau jalan kaki atau sewa kereta, yer.

2. as-soumu junnah

harini terbaca artikel ustaz maszlee, pasal nikah lagi. ustaz maszlee memang pro-nikah awal. dia la yang setau saya kenalkan konsep nikah friends atau zawaj friends kat bumi mesia nih. jadi, saya teringatla sikit masa lalu, ustaz arif (yang skarang ni jadi lecturer kat ukm tu) bagitau: "makin kurus kamu". saya jawab sambil tersengih: "as-soumu junnah". puasa tu perisai. ye la. hati nak sangat kawin. tapi kalau dah tak mampu, nak wat camner kan?

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)

saper2 nak kawin awal angkat tangan!

Sunday, December 03, 2006

5 hari nan indah (a tribute to those this concerns)

i. kepala lutut.

cuti hari tu, saya pergi kampung orang asli. program dakwah orang asli. kampung ni letaknya di cameron highland. saya naik bas dari uia pada 26hb aritu, pukul 1 pagi. saya sampai di brinchang waktu subuh. lepas solat subuh, saya ramai2 dengan kawan2 saya pegi breakfast di kedai pak usop.

sesi taklimat

lepas tu, kita naik bas lagi ke lembah bertam. di sini, ada taklimat dan sesi regangan. saya nak kena jalan kaki ke kampung tu. anggaran jalan kaki minima ialah 6 jam. boleh patah ke kaki kalau jalan 6 jam?

berjalan dengan gembira

lebih kurang pukul 9.45 pagi, saya ngan kawan2 saya mula jalan kaki. saya jalan jalan jalan jalan jalan jalan jalan jalan dan jalan jalan dan lajan-eh, jalan sampai saya lenguh. tapi, saya kena tabah, sebab, saya jalan kaki bukan tanpa tujuan. kawan2 saya yang lain pun control jer, sambung jalan kaki walaupun dah penat. waktu jalan kaki tu, saya lalu:

ladang sayur,

ladang bunga, ladang jagung n tomato (takde gambar)

dan saya bergambar.


walau penat, saya dan kawan2 tak pernah pun merungut atau mengeluh tau. tak baik. rasa penat tu menunjukkan kaki kita masih lagi berfungsi dengan baik, jadi kita kena bersyukur tau. sama jugak dengan rasa panas. walau mentari terik pijar memancar di atas kepala, kami tetap gagah melangkah. walau bagaimanapun, sebagai insan biasa, saya juga perlu brenti rehat. maka saya brenti rehat, berapa banyak kali tah, saya dah lupa. tapi yang pasti, kini kelompok yang besar tadi dah jadi kecik2 jer. ada 7-8 orang kat depan skali, dan ada 7-8 orang kat blakang skali.

checkpoint tah keberapa puluh

masuk jam ke 5, saya brenti rehat dan solat zohor+asar di kampung rantau. menurut penduduk kampung, kampung yang saya dan kawan2 tuju terletak 3-4 jam lagi perjalanan. lagi 4 jam? kaki saya dah bengkak. ibu jari rasa macam dah patah. boleh ker jalan kaki lagi 4 jam? insya allah boleh, saya kata dalam hati. dah jalan 5 jam, takkan tak boleh jalan lagi 4 jam?

jadi, sambil gelak2 dan gurau2, saya ngan kawan2 saya teruskan berjalan. tiba2, tengah2 saya jalan tu, hujan pun turun dengan lebatnya. saya jadi suka, sebab dah lama tak mandi hujan. kan hujan tu rahmat? tapi, saya jugak rasa sesal sebab nyusahkan kawan saya sebab nak kena payungkan handycam ngan camera yang saya bawak. sian dia, abis basah lencun. jadi, saya offer saper2 nak pakai paying, tapi kena bawak handycam ngan camera saya. dan ada sorang lagi member saya menyahut cabaran.

sewaktu brenti rehat di kampung leryar, ada van india masuk. dia berniaga barangan runcit. maka, hari itu kawan2 saya menambah pendapatan india itu dengan membeli berbotol2 air mineral darinya.

hari makin gelap, lampu suluh pula takde. maka kami berjalan kaki diterangi cahaya bulan dan lampu henset. sian member saya. tadi saya dah nyusahkan dia; ambik payung dia, skang ni saya pakai plak henset dia. tapi sebab dah takde alternative lain, maka kena la nyusahkan dia. bab nyusahkan orang ni, saya memang terer. nasib baik ujan dah serik.

saya sampai ke kampung orang asli tu pada pukul 7.30 malam. kelompok terakhir sampai pukul 8.30. sebab penat berjalan, maka malam tu, sesudah solat dan makan malam dan taklimat, kawan2 saya termasuklah saya ramai yang syahid awal.

maka, tamatlah cerita perjalanan saya selama berjam2 dengan berkenderaankan sandal buruk.

ii. teh manis dan pinggan baru

orang asli memang terkenal dengan sikap meraikan tetamu. mereka akan lakukan apa jua yang termampu untuk menggembirakan hati tetamu yang mereka suka, dan kalau mereka tak suka, apa2 pun boleh berlaku.

rumah yang saya naik tu hidangkan saya teh manis, dan makanan dihidang dalam pinggan kaca yang baru. yang tidak akan sekali2 mereka guna untuk diri mereka. hanya untuk tetamu. dan layanan yang diberikan kepada saya amat mengharukan. saya bertanyakan ikan apa yang ada di sungai di belakang, dan malam harinya tuan rumah keluar memukat ikan untuk saya, walhal saya hanya bertanya hanya untuk tahu. sama juga dengan kawan2 saya yang lain. ini sungguh bermakna, kerana kedatangan kawan2 dan saya diraikan dengan penuh gembira oleh penduduk kampung. bagaimanakah layanan kita kepada tetamu-tetamu kita?

iii. nasi ikan kering dan air mata

makan bertalam


apa yang kami masak dan makan hanyalah nasik dan ikan kering dan sardine dan sayur yang mudah didapati di sekitar cameron highland, dan telur kadang2. itulah menu kami sepanjang berada di sana. dan itu sudah amat menggembirakan mereka. dapat makan makanan sedap, kata mereka. sardin dan ikan kering. makanan sedap. hati mana yang tak tersentuh? bilamana ada keluarga yang makanan harian mereka hanyalah ubi bakar dan pisang dan air kosong? gembira rasanya hati bilamana dapat melihat adik2 dapat makan ramai2 dalam talam. bagaimana pula kita? makan pakai mewah2? membazir?

(kisah makan bertalam di weblog ust. hasrizal)

iv. dekat

sukan utk anak2

beginilah caranya saya dan kawan2 diajar untuk mendekati mereka. dakwah dengan contoh tauladan yang baik. bawakan aqidah kita: islam itu indah. sepanjang berada di sana, macam2 yang menurut lojik akal boleh dibuat bersama2 akan dibuat bersama dengan penduduk kampung. makan bersama, main sama2, sembang sama2, tapi cacoh tak sama2. supaya mereka memahami kita, dan kita memahami mereka. supaya hati kita dekat dengan mereka.

v. hati yang gerimis

bay mehmoh tejik

sedang saya berbual2 dengan abang azhar dan lebai, tiba2 ustaz yang merupakan imam masjid uia, masuk dan bersamanya ada seorang anak muda yang laki2. dan ustaz menceritakan segalanya. dan malam itu, tanpa dipinta, hati saya gerimis, dan air mata mengalir tak terseka. hilang segala kekusutan, hilang segala amarah, hilang segala yang mazmumah di hati. kali pertama dalam hidup, saya diarah mengsyahadahkan / mengajar syahadah kepada seorang saudara baru dalam keluarga besar islam. malam itu menyaksikan 4 penduduk kampung mengucapkan 2 kalimah suci; kalimah syahadah.

dan kejadian malam itu, saya bertawasul dengannya dan kepada-Nya untuk saya dapat bertemu dengan dia yang saya amat rindui, yang rindu saya padanya takkan kunjung padam.

pagi yang terakhir itu, saya disuruh oleh ustaz untuk mengimamkannya subuh, dan pada saya, ini adalah satu penghormatan yang amat besar bagi diri saya. seusai rabithoh, saya dan kawan2 bermohon diri. dengan kenderaan bertayar, bukan lagi berkenderaankan capal. ada umur murah rezki, insya allah kami datang lagi.

anak2 harapan


"robbana la tuzigh quluubana ba'da iz hadaitana wa hab lanaa min ladunka rahmah. innaka antal-wahhaab"

Labels: